ALOR SETAR, 14 Ogos - Felcra Berhad Wilayah Utara telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah sempena Program Jelajah Integriti Felcra Berhad anjuran Cawangan Integriti FELCRA Berhad yang diadakan di Grandball Room, Starcity Hotel, Alor Setar.

Majlis telah berlangsung dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Encik Wan Mokhtar Wan Muda, Pengurus Besar Wilayah Utara dan disaksikan oleh KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kedah. Seramai 81 orang terdiri daripada pengurus-pengurus kawasan dan kakitangan Felcra Berhad menyertai majlis IBR ini. Turut hadir pada majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan SPRM Negeri Kedah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan antara kedua agensi yang telah mengikat kerjasama dalam usaha pencegahan rasuah

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
48
Minggu Ini
216
Bulan Ini
719

Keseluruhan
3428884