SHAH ALAM, 9 Ogos - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam zahirkan sokongan untuk perangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan di Dewan Resital Pusat Kebudayaan Bangunan Budisiswa, UiTM Shah Alam.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Khairul Anuar Hj A Rahim, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan disaksikan oleh P/Tpj Dato' Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Selangor.

Turut hadir pada majlis berkenaan Dr. Mohd Bahrin Othman, Pengarah Pembangunan Pelajar dan En. Ridzuan Ahmad, Ketua Unit Integriti UiTM. Seramai120 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM telah menyertai majlis ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
48
Minggu Ini
338
Bulan Ini
1222

Keseluruhan
3424851