PERAK, 7 Ogos – Ahli Dewan Negeri dan Ketua Jabatan Badan Berkanun Negeri Perak telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan kesedaran integriti warganya dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis IBR yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak hari ini.

IBR di lafaz sebagai tanda sokongan memerangi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh Ahli Dewan Negeri dan Ketua Jabatan Badan Berkanun Negeri Perak. Lafaz IBR telah diketuai oleh YAB Tuan Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak dan disaksikan oleh Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
47
Minggu Ini
310
Bulan Ini
719

Keseluruhan
3430342