LABUAN, 7 Ogos – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Labuan telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan kesedaran integriti warganya dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu Majlis IBR yang diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP Labuan hari ini.

IBR di lafaz tanda sokongan memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Labuan. Lafaz IBR diketuai oleh Encik Shahrizan Abdul Aziz, Penolong Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP Labuan dan disaksikan oleh PsK Geoffrey Tawayan, Timbalan Pengarah SPRM WP Labuan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
48
Minggu Ini
78
Bulan Ini
487

Keseluruhan
3430110