IPOH, 31 Julai - Felcra Berhad Wilayah Perak telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini yang diadakan di Auditorium, SPRM Perak.
Program Jelajah Integriti Felcra Berhad ini merupakan destinasi kedua Jelajah Integriti Felcra Berhad selepas Wilayah Johor.

Majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Encik Hassan Khamis, Pengurus Besar Wilayah Perak dan disaksikan oleh Dato' Zainul Darus, Pengarah SPRM Perak. Seramai 71 orang terdiri daripada pengurus-pengurus kawasan dan kakitangan Felcra Berhad turut hadir bagi melafaz IBR.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
48
Minggu Ini
65
Bulan Ini
765

Keseluruhan
3422852