PUTRAJAYA, 27 Julai – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia hari ini telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menyahut seruan SPRM untuk sama-sama mencegah jenayah rasuah dan salahguna kuasa di kalangan pegawai dan kakitangannya.

Lafaz ikrar diketuai oleh Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG dan disaksikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah PenMas SPRM.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat JMG, Menara Putrajaya Holdings ini dihadiri seramai lebih 30 orang pegawai dan kakitangan JMG. Satu ceramah telah disampaikan oleh PsK Esyaron Johari bertajuk Rasuah kepada para peserta dan hadirin yang hadir.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
48
Minggu Ini
64
Bulan Ini
764

Keseluruhan
3422851