KOTA TINGGI, 26 Julai – Pejabat Kesihatan dan Pejabat Pergigian Daerah Kota Tinggi telah mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis melafaz ikrar dan tandatangan ini diketuai oleh Dr Siti Fadhilah Bt Bar, Pegawai Pergigian Daerah dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Johor, PKPj Zuber b Hj Zainal serta Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Johor PPj Koo Lik Chi.

Dr Siti Fadhilah menyatakan majlis IBR amat penting dalam setiap organisasi kerana bagi memastikan setiap individu faham dengan jelas mengenai integriti dan melihat kemudaratan yang teruk sekiranya amalan integriti tidak didasari dari peringkat akar umbi.

Seramai 100 orang kakitangan yang terdiri daripada Ketua-ketua Unit serta Pejabat Kesihatan dan Pergigian menyertai lafaz ikrar tersebut.

.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
48
Minggu Ini
65
Bulan Ini
765

Keseluruhan
3422852