REMBAU, 24 Julai 2018 - Pejabat Kesihatan & Pergigian Daerah Rembau, Negeri Sembilan telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang dilangsungkan di Bilik Sri Melenggang, Klinik Kesihatan Rembau, hari ini.  
 
Lafaz IBR diketuai oleh Pegawai Pergigian Daerah Rembau, Dr. Sharipah Abdul Kadir dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Ramli Ismail. 
 
Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Rembau, Dr. Asmah Johari dan diikuti dengan ucapan oleh Tuan Ramli Ismail. Kemuncak majlis ialah lafaz ikrar oleh warga Pejabat Kesihatan & Pergigian Daerah Rembau serta menandatangani ikrar dalam kalangan semua yang hadir.
 
Seramai hampir 45 orang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, pegawai dan kakitangan Pejabat Kesihatan & Pergigian Daerah Rembau turut menyertai majlis berkenaan. 
 
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan antara kedua agensi yang telah mengikat kerjasama dalam usaha pencegahan rasuah.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
173
Bulan Ini
824

Keseluruhan
3427435