SEREMBAN, 17 Julai - Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini. 

Bacaan ikrar diketuai oleh Pn. Yusnaliza binti Yusop, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan dan disaksikan oleh PsK Siti Zubaidah binti Mohd Yusof, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Sembilan.

Seramai 13 orang yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian, pegawai dan kakitangan Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan menyertai bacaan ikrar ini. 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
174
Bulan Ini
825

Keseluruhan
3427436