KUANTAN, 13 Julai – Seramai 160 pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan JKR Cawangan Kejuteraan Mekanikal di Jalan Tanah Puteh di sini hari ini.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Ketua Jurutera JKR Tuan Mohd Hassan bin Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang, PKPj Jamaluddin bin Puteh.

Tuan Mohd Hassan dalam ucapan beliau menyeru kepada semua warga kerjanya supaya sentiasa menjalankan tugas dengan ikhlas, jujur, amanah dan berintegriti agar Majlis ini tidak menjadi sia-sia.

Turut berlangsung ialah ceramah bertajuk "Rasuah: Bila Akan Berakhir?" yang disampaikan oleh Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang, PKPs Mohamad bin Hussain.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
173
Bulan Ini
824

Keseluruhan
3427435