SIBU, 10 Julai – Pejabat Pergigian Bahagian Sibu, Sarawak telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pergigian Bahagian Sibu di Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu. 

Lafaz IBR diketuai oleh Dr. Beh Jun Hua sambil disaksikan oleh Dr. Asmawati Bt. Sharkawi, Pegawai Pergigian Bahagian Sibu dan PPj Jutim Anak Nyagam, Ketua Penolong Pengarah SPRM Cawangan Sibu.

Seramai lebih kurang 30 orang terdiri daripada ketua-ketua unit, pegawai dan kakitangan Pejabat Pergigian Bahagian Sibu menyertai majlis IBR ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
43
Semalam
48
Minggu Ini
43
Bulan Ini
1201

Keseluruhan
3433934