KUCHING, 4 Julai - Kementerian Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli (KPBSA) Sarawak menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Undangan Negeri (Lama) hari ini.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Dr. Wan Lizozman b Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli dan disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abang Haji Abdul Rahman Zohari b Tun Haji Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak bersama PKPj Zulhairy b Zaidel, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak.

Seramai 500 orang yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli telah menyertai lafaz IBR ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
78
Bulan Ini
918

Keseluruhan
3429083