PETALING JAYA, 2 Jul- Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) menyahut seruan SPRM bersama-sama membanteras rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Majlis telah disaksikan oleh Dato' Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM dan turut dihadiri oleh TPj Tuan Ruslan b Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat. IBR ini telah dilafazkan oleh seramai 55 orang yang terdiri daripada agensi-agensi yang bernaung dibawah FMM Malaysia.

Majlis Lafaz dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah ini turut diadakan serentak di cawangan FMM di serata negara. Di wilayah utara, FMM Pulau Pinang, diketuai oleh Pengerusinya Dato’ Dr. Ooi Eng Hock, telah melafazkan IBR di hadapan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Wan Ramli Bin Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang.

Sementara itu, lafaz IBR FMM Sarawak telah disaksikan oleh YB Datuk  Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) serta Pengarah SPRM Sarawak, P/TPj Razim Mohd Noor, manakala lafaz ikrar FMM di Johor pula diketuai oleh Pengerusinya Kapten (Bersara) Tn. Hj. Abdullah Shariff di hadapan YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Utiliti, Exco Negeri Johor dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj Azmi Bin Hj Alias.

Cawangan FMM yang turut bersama menzahirkan sokongan dengan lafaz IBR ialah FMM Cawangan Timur, Negeri Sembilan dan Melaka, dengan jumlah keseluruhan melibatkan lebih 200 orang yang terdiri daripada warga FMM serta wakil agensi-agensi yang bernaung di bawah FMM serata negara.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
57
Minggu Ini
201
Bulan Ini
1041

Keseluruhan
3429206