LABUAN, 4 Mei – Majlis Sukan Labuan (MSL) mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran integriti warganya dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Kompeks Majlis Sukan Labuan hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Setiausaha Eksekutif Majlis Sukan Labuan, Puan Suraney Yussof dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Labuan, PPj Abdulamin Hj Abdillah.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Majlis Sukan Labuan (MSL), Datuk Rosman Hj Isli; Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Timbalan Pengerusi MSL, Hj. Rithuan Hj Mohd Ismail; Pengarah Jabatan Belia & Sukan, Encik Hazan Hj Dahari; Ketua Unit Sukan Wakil Jabatan Pelajaran Labuan, Encik Ag Zain Ag Anak; Timbalan Pengarah SPRM WP Labuan, PsK Geoffrey Tawayan dan seramai 300 ahli persatuan dan kelab sukan di Wilayah Persekutuan Labuan telah hadir ke majlis ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
20
Semalam
47
Minggu Ini
67
Bulan Ini
907

Keseluruhan
3429072