SHAH ALAM, 3 Mei – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bilik Persidangan, Tingkat 18 Bangunan Darul Ehsan hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Puan Norliza Mohammad Basiron dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Dato’ Haji Alias Salim.

Seramai 80 warga kerja JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menghadiri majlis ini. Turut diadakan ceramah mengenai Isu-Isu Rasuah oleh Pegawai SPRM, PPs Nora Baharin.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
339
Bulan Ini
387

Keseluruhan
3430010