KUALA PILAH, 3 Mei – Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Ruang Legar Klinik Pakar 5, HTAN hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Timbalan Pengarah Perubatan HTAN Kuala Pilah, Dr Zainal Abidin Bohari dan disaksikan oleh Pengarah HTAN, Dr Noor Fakhrul Azman Mohd Ali dan Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Ramli Ismail.

Seramai 60 warga kerja HTAN telah menghadiri majlis tersebut. Turut diadakan taklimat Isu Rasuah oleh PPs Mohd Azizul Feisal Hasan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
48
Minggu Ini
5
Bulan Ini
414

Keseluruhan
3430037