KANGAR, 25 Apr – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil inisiatif untuk menggerakkan Persatuan Baru untuk melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Jawatankuasa Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, En Sahrijan Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Perlis, PsK Wan Nor Laily Wan Ahmad.

Seramai 72 pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa pertubuhan baru berdaftar di bawah ROS Perlis telah menyertai lafaz IBR ini. Majlis ini merupakan satu iltizam kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237