PERAK, 24 Apr – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Perak komited bersama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Banquet KDN Negeri Perak hari ini.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah di ketuai oleh Puan Norhasmaliana Binti Ismail Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Perak disaksikan oleh PKPj Ahmad Shukri Bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak mewakili Pengarah SPRM Perak turut sama Puan Surayati Binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pertubuhan Malaysia JPPM (ROS).

Majlis turut di serikan dengan Penyerahan Geran Komuniti Penduduk 1 Malaysia ( KP1M) oleh Ketua Pengarah JPPM.

Seramai 120 warga Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Perak dan ahli komuniti penduduk 1Malaysia Negeri Perak telah menyertai Ikrar Bebas Rasuah  tersebut.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237