LABUAN, 21 Apr – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Wilayah Persekutuan Labuan komited dalam menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Hotel Tiara Labuan hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Pengurus Operasi Wilayah Timur BIMB, Encik Zulkifli Mohamed Zain dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Labuan, PPj Abdulamin Hj. Abdillah serta Timbalan Pengarah SPRM Labuan, PsK Geoffrey Tawayan.

Seramai 26 kakitangan BIMB telah menyertai majlis ini. Turut diadakan sesi ceramah Integriti dan Pengenalan Akta SPRM 2009 oleh Ps Augustine S. Manson dan juga sesi penyerahan Borang Sahabat Gerah Revolusi Anti Rasuah (GERAH).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
46
Minggu Ini
81
Bulan Ini
1218

Keseluruhan
3438352