KUANTAN, 19 Apr– Seramai 70 pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya Cawangan Kejuruteraan Eletrik Negeri Pahang turut bersama lain-lain agensi telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM hari ini. 

Lafaz IBR ini diketuai oleh Ir. Ismail Hashim, Ketua Jurutera Elektrik JKR dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang, PKPj Jamaluddin Puteh.

Majlis turut diserikan dengan ceramah “Rasuah Bila Akan Berakhir” serta taklimat berkaitan IBR dan Kempen 3J iaitu  Jangan Hulur, Jangan Kawtin, Jangan Settle yang disampaikan oleh PKPs Mohamad Hussain, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang. Turut hadir menyaksikan IBR ini Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang Ps Nur Azlin Samaredin.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237