LANGKAWI, 18 Apr – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Auditorium LADA Langkawi hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Pengurusan) LADA, Tuan Haji Mohd Asri Redha Abdul Rahman dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Kedah, Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad.

Inisiatif ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan LADA dalam memastikan pentadbiran lembaga itu dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa yang berkaitan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237