KUALA NERUS, 18 Apr – Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus sepakat dalam menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bilik Mesyuarat SM Sains Sultan Mahmud hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, YM Haji Tengku Azelam Tengku Abdullah dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Mohd Zaki Hassan.

Seramai 46 Pengetua dan Guru Besar daerah Kuala Nerus telah hadir pada majlis ini. PPD Kuala Nerus merupakan agensi yang ke-91 yang menandatangani IBR pada tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan agensi yang telah melaksanakan IBR di Negeri Terengganu adalah sebanyak 145 agensi.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237