KUANTAN, 11 Jul - Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama, Kompleks KDN Pahang hari ini.

Seramai lebih kurang 50 orang Pegawai Kanan dan anggota RELA Negeri Pahang yang dipimpin oleh Pengarah RELA Negeri Pahang, PPjKR Mohamad Razib Bin Buhaini telah melafaz dan menandatangani IBR dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Pahang, YH. Dato’ Haji Alias Bin Salim.

Turut hadir dalam majlis ini PKPj Jamaluddin Bin Puteh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang, PKPs Mohamad Bin Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM pahang serta pegawai-pegawai Unit PenMas SPRM Pahang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
55
Minggu Ini
293
Bulan Ini
189

Keseluruhan
3440245