KUCHING, 6 Julai  – Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Pengarah APMM Wilayah Sarawak telah diadakan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas, hari ini.

Program ini telah telah diadakan serentak dengan Ibu Pejabat APMM secara ‘Video Conference. Program ini telah dilangsungkan serentak di kesemua Pejabat APMM Wilayah di seluruh Malaysia.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) APMM Wilayah Sarawak pada hari ini telah dilafaz serta ditandatangani oleh seramai 30 orang yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai serta kakitangan APMM Wilayah Sarawak. Lafaz ikrar tersebut turut disertai oleh Laksamana Pertama Maritim Haji Ismaili bin Bujang Pit, Pengarah APMM Wilayah Sarawak dan telah disaksikan oleh  KPKPj. Rosley bin Mohamad Satar, Timbalan Pengarah (Operasi) dan PPj. Chang Ching, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
321
Bulan Ini
921

Keseluruhan
3432084