PUTRAJAYA, 6 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menyahut seruan SPRM dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang berlangsung di Auditorium APMM, One IOI Square hari ini.

Majlis melafaz IBR tersebut diketuai oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifli Abu Bakar dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah.

Dato’ Sri Mohd Jamidan berkata APMM perlu diperkasa dan diperkukuhkan agar menjadi sebuah agensi yang sentiasa bersih dan bebas dari sebarang anasir buruk yang berkisarkan jenayah Rasuah dan salahguna kuasa.

Tambah beliau, “persepsi yang negatif oleh masyarakat terhadap APMM akibat dari isu rasuah dan salahguna kuasa akan menjejaskan imej dan maruah agensi serta memberi kesan buruk kepada perkembangan ekonomi, keselamatan dan kedaulatan negara”.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
58
Minggu Ini
193
Bulan Ini
651

Keseluruhan
3442331