KUANTAN,  4 Jul - Pengarah SPRM Negeri Pahang yang baru, YH. Dato’ Haji Alias Bin Salim telah menjadi saksi untuk Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Ketua-Ketua Bahagian/Unit di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang hari ini.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini telah dipimpin oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail, diikuti oleh 15 orang Ketua-ketua Bahagian/Unit.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Integriti, Wisma Sri Pahang, turut hadir di majlis ini adalah PKPj Jamaluddin Bin Puteh, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pahang.

Turut diadakan ialah taklimat ringkas berkenaan integriti dan signifikasi IBR oleh PKPs Mohamad kepada Ketua-Ketua Bahagian/Unit.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
58
Minggu Ini
194
Bulan Ini
652

Keseluruhan
3442332