PUTRAJAYA, 3 Julai – Hospital Putrajaya menjadi hospital pertama yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM dalam satu majlis yang berlangsung di Auditorium Hospital Putrajaya hari ini.

Iniasitif ini melambangkan komitmen Hospital Putrajaya dalam menyokong usaha memerangi jenayah rasuah oleh Kerajaan Malaysia dan SPRM. Selain itu, ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas dari belenggu jenayah rasuah.

Majlis melafaz dan menandatangani telah diketuai oleh Dr. Mohd Anis Bin Harun @ Haron, Timbalan Pengarah Hospital dan disaksikan oleh Dato’ Haji Abdul Samat Bin Kasah, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Seramai 200 pegawai dan kakitangan hospital terdiri daripada doktor dan jururawat telah hadir pada majlis ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
55
Minggu Ini
293
Bulan Ini
189

Keseluruhan
3440245