KUANTAN, 14 Jun – 70 Pegawai Kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Pahang hari ini menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JKDM Negeri Pahang hari ini. 

Lafaz Ikrar telah diketuai oleh Pengarah JKDM Negeri Pahang, Tuan Radzi Bin Muhamad dan disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Pahang, YH. Dato' Tan Kang Sai.

Sebelum Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini berlangsung, Dato' Tan Kang Sai sempat membuat kunjungan hormat kepada Tuan Radzi Bin Muhamad. Dalam kunjungan ini sempat diperbincangkan tentang kerjasama strategik yang boleh terjalin antara SPRM dan JKDM dalam menangani isu-isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Turut hadir dalam majlis dan kunjungan ini Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pahang, KPKPj Ab. Muneim Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pahang, PKPj Jamaludin Bin Puteh serta Pegawai-pegawai dari Unit Siasatan dan Unit PenMas SPRM Pahang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
47
Minggu Ini
307
Bulan Ini
213

Keseluruhan
3435926