SEBERANG PERAI, 16 Jun – Seramai 140 orang pegawai dan kakitangan Koperasi Co-op Bank Persatuan Malaysia Berhad telah melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.

Majlis melafaz IBR yang berlangsung di Penang Golf Resort ini diketuai oleh YBhg. Datuk Hj.Yusra Bin Sabar, Pengerusi Koperasi Co-op Bank Persatuan Malaysia Berhad dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Zahari Omar, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad, pegawai-pegawai SPRM, anak-anak yatim Pusat Jagaan Permata Kasih dan pelajar-pelajar Tahfiz Sirajul Quran.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
58
Minggu Ini
206
Bulan Ini
664

Keseluruhan
3442344