SHAH ALAM, 17 Mei  – Selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), kini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke-4 di Negeri Selangor yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah sebagai tekad dalam memerangi sebarang amalan rasuah di kalangan warga kerja MBSA.

Majlis menandatangani IBR ini telah diadakan pada Perhimpunan Bulanan Majlis Kali Ke-5 yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti MBSA. Dalam ucaptamanya, YBhg. Datuk Bandar MBSA, Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad menyatakan MBSA akan sentiasa bersifat terbuka dan bekerjsama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam segala aspek berkaitan peningkatan kualiti perkhidmatan, amalan Integriti dan pencegahan jenayah rasuah.

Beliau turut menyentuh usaha penghasilan fasa ke dua Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR) MBSA tahun 2017 hingga 2019 yang telah di hasilkan secara perkongsian bestari bersama SPRM Negeri Selangor. Ini bagi memastikan MBSA sentiasa melihat kepada aktiviti berisiko yang terdedah kepada sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah.

Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah, Pengarah SPRM Selangor, turut menyambut baik kenyataan Datuk Bandar MBSA dan menyifatkan MBSA sebagai pelopor pertama di Negeri Selangor yang mempunyai Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR).

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah rasuah telah diketuai sendiri oleh Datuk Bandar MBSA dan telah disambut dengan bersemangat oleh lebih kurang 1000 orang warga MBSA yang turut hadir. Turut menandatangani IBR di majlis tersebut adalah YBr. En Tan Ah Kow selaku Ketua Ahli Majlis MBSA.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237