SEREMBAN, 15 Mei – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma UMNO di sini hari ini.

Seramai 270 warga kerja PPANS telah melafaz dan menandatangani IBR dengan diketuai oleh Pengarah PPANS, Pn. Jamilah Hj. Katis.

Majlis ini telah disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Ramli Ismail.

Inisiatif IBR ini diharap akan memantapkan lagi integriti warga kerja PPANS dan supaya mereka akan bersama-sama membantu SPRM mendidik masyarakat mengenai usaha pencegahan rasuah dan salahguna kuasa.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237