PETALING JAYA, 16 Mei – Komited untuk memastikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bebas rasuah, barisan kepimpinan MBPJ yang diketuai YBhg. Dato’ Azizi bin Mat Zain selaku Datuk Bandar MBPJ menyahut seruan SPRM dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Majlis melafaz dan menandatangani ikrar ini dipimpin sendiri oleh Dato’ Azizi diikuti barisan kepimpinan dan kira-kira 1000 warga MBPJ dengan penuh semangat dan menjiwai hasrat bebas rasuah. Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Wan Ramli Bin Wan Abdullah, Pengarah SPRM Negeri Selangor serta PKPj. Amir Hamzah bin Idris, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Selangor.

Dalam ucapan aluan Datuk Bandar MBPJ, beliau akan memastikan kesiapsiagaan semua warga dibawah kepimpinannya untuk ‘nyah rasuah’ dalam organisasi tersebut serta menyambut baik hasrat SPRM dan menyokong kempen 3J ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle’.

Dato' Wan Ramli Bin Wan Abdullah dalam ucapannya pula menyifatkan usaha MBPJ memerangi rasuah adalah sangat luar biasa. MBPJ akan menjadi rakan strategik yang akrab dalam usaha memerangi rasuah dengan  mendokong hasrat SPRM menjadikan rasuah sebagai musuh nombor 1 negara.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237