PUTRAJAYA, 16 Mei – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam langkah membenteras rasuah dan salahguna kuasa dalam kalangan kakitangannya hari ini sebagai sokongan dan kerjasama kepada SPRM.

Majlis yang berlangsung di Dewan Podium, KBS Putrajaya telah menyaksikan seramai 100 kakitangan KBS melafaz ikrar yang diketuai oleh Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, yang kemudiannya menandatangani IBR di hadapan Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

Dato’ Shamshun Baharin dalam ucapannya berkata, “IBR yang ditandatangani oleh warga KBS ini diyakini akan dapat mengukuhkan integriti dan amalan bebas rasuah dalam kalangan pegawai dan kakitangannya”.

Tambah beliau yang juga menyaksikan majlis IBR tersebut, penekanan dan penerapan utama terhadap amalan bebas rasuah oleh Pengurusan KBS harus diberikan perhatian terutamanya di kalangan belia di negara ini. Jika masalah rasuah di kalangan belia tidak ditangani, kesan buruk akan timbul kerana mereka merupakan golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237