PUTRAJAYA, 16 Mei - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tan Sri Noh Haji Omar telah mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta menandatangani IBR dalam majlis yang diadakan bersama sambutan perhimpunan bulanan KPKT hari ini.

Lafaz Ikrar dan tandatangan IBR ini disaksikan oleh Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang diadakan di Dewan Kristal, KPKT.

SPRM memuji inisiatif yang diambil oleh KPKT untuk menandatangani IBR ini dalam usaha membenteras gejala rasuah dan salahguna kuasa di segenap peringkat. Tindakan KPKT melaksana IBR bersama-sama agensi di bawahnya iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Landskap Negara, Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Institut Latihan KPKT (I-KPKT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) jelas menunjukkan komitmen kementerian itu dalam menyokong hasrat kerajaan memerangi jenayah rasuah.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di antara SPRM serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Haji Abdul Samat Kasah dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, KPKPj Mohamad Zakkuan Talib.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237