PUTRAJAYA, 15 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini sebagai usaha membenteras rasuah dan salahguna kuasa di jabatan berkenaan.

Langkah ini merupakan inisiatif yang dapat menzahirkan komitmen pengurusan tertinggi JPJ dalam menyokong usaha-usaha pencegahan rasuah bagi memastikan JPJ menjadi organisasi yang diyakini dan dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai agensi yang bersih serta bebas rasuah dan salahguna kuasa.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) dan Dato’ Seri Nadzri Siron, Ketua Pengarah JPJ.

Pada majlis tersebut, JPJ turut melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha mencegah berlakunya rasuah dan salahguna kuasa dalam organisasi mereka sekaligus menyokong inisiatif baru yang diperkenalkan oleh SPRM. Lafaz ikrar tersebut diketuai oleh Dato’ Seri Nadzri, Ketua Pengarah JPJ. 

Majlis yang berlangsung di Kementerian Pengangkutan ini disaksikan oleh YB Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan MoU yang telah dimeterai ini, kerjasama antara SPRM dan JPJ akan dapat dilaksanakan secara berterusan dan lebih berstruktur.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237