KOTA SAMARAHAN, 12 Mei – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti awam pertama di Borneo dan ketiga di Negara yang telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM di sini hari ini.

Majlis melafaz IBR yang berlangsung di DeTAR Putra, Kampus UNIMAS ini diketuai oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan diikuti oleh seramai kira-kira 1000 orang warga UNIMAS yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, pensyarah-pensyarah, pegawai serta kakitangan.

Upacara melafaz IBR ini telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil yang juga telah menyampaikan ucaptamanya selepas ucapan aluan oleh Naib Canselor UNIMAS.

Turut menyerikan majlis tersebut ialah Pengarah SPRM Sarawak, Dato’ Badrul Shah Norman serta pegawai-pegawai dari SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237