KUALA LUMPUR, 16 Mac – Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menzahirkan sokongan terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa menerusi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani di Auditorium Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

 

Bacaan Ikrar Bebas Rasuah tersebut diketuai oleh Puan Zaida Hussin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan bersama lebih daripada 300 orang pegawai dan kakitangan Kastam di hadapan Dato’ Indera Subromaniam Tholasy, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan & Pematuhan). Ianya juga turut disaksikan oleh Dato’ Han Chee Rull, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Puan Nor Haziah Abdul Wahab, Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyertaan barisan kepimpinan dan kakitangan Kastam ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah dan salahguna kuasa. Sokongan padu Kastam dalam menyokong agenda membanteras gejala rasuah oleh SPRM ini diharapkan dapat membantu dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat secara telus dan penuh berintegriti.

Inisiatif IBR oleh JKDRM Kuala Lumpur ini merupakan kesinambungan daripada lafaz IBR oleh ibu pejabat Jabatan Kastam, yang merupakan agensi penguatkuasaan pertama yang menandatangani IBR pada bulan Februari lalu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
56
Minggu Ini
163
Bulan Ini
765

Keseluruhan
3440821