KANGAR, 14 Mac - Kerajaan Negeri Perlis hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.

Upacara menandatangani IBR telah didahului oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man, dan disertai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, tujuh Exco, tiga timbalan Exco dan tiga ex-officio. Majlis yang berlangsung di bilik Gerakan 1, Kompleks DUN Perlis itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Inisiatif menandatangani IBR ini memperlihatkan kepimpinan melalui teladan selain menunjukkan sokongan yang padu kepada inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh SPRM.

SPRM berharap inisiatif ini dapat menyekat perbuatan atau penglibatan dalam rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi pentadbiran negeri. Ini adalah kerana rakyat sering memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran institusi perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, setiap jentera pentadbiran kerajaan perlu mencerminkan wajah institusi yang bersih dan bebas daripada sebarang anasir rasuah.

Kerajaan Negeri Perlis menyusul sebagai kerajaan negeri kelima yang menandatangani IBR, selepas Negeri Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
56
Minggu Ini
163
Bulan Ini
765

Keseluruhan
3440821