MELAKA, 8 Mac - Kerajaan Negeri Melaka hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption-Free Pledge yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bersih daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Pada majlis tersebut, lafaz ikrar diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron dan disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, 20 Exco dan Timbalan Exco serta tiga ex-officio Kerajaan Negeri.

Majlis yang berlangsung di bilik Tun Mutahir, Seri Negeri itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad. 

Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas dari gejala rasuah.

SPRM percaya komitmen ini akan menjadikan Kerajaan Negeri Melaka sebuah organisasi yang dihormati kerana sesebuah kerajaan tidak akan dipandang tinggi malah akan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya dilingkari dengan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

Kerajaan Negeri Melaka merupakan kerajaan negeri keempat yang menandatangani IBR selepas Kerajaan Negeri Sarawak, Kedah dan Negeri Sembilan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
44
Semalam
56
Minggu Ini
167
Bulan Ini
769

Keseluruhan
3440825