SEREMBAN, 8 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.

Upacara menandatangani IBR yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri Seremban itu didahului oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan dan disertai oleh sembilan Exco dan tiga ex-officio.

Inisiatif ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus dan bebas dari sebarang unsur rasuah.

SPRM berharap inisiatif ini dapat menyekat perbuatan atau penglibatan dalam rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi pentadbiran negeri.

IBR merupakan satu usaha baru yang diperkenalkan oleh SPRM yang menekankan kepada ikrar dan janji dalam kapasiti sebagai individu bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri dari terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.

Kerajaan Negeri Sembilan merupakan kerajaan negeri ketiga yang menandatangani IBR selepas Negeri Sarawak dan Kedah awal tahun ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
44
Semalam
56
Minggu Ini
167
Bulan Ini
769

Keseluruhan
3440825