CYBERJAYA, 10 Januari - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini menjadi agensi kerajaan yang pertama menyahut seruan SPRM dengan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption-Free Pledge.

Majlis yang berlangsung di Menara Hasil LHDNM Cyberjaya ini dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Ikrar Bebas Rasuah ini adalah unik dan berbeza berbanding Ikrar Integriti Korporat kerana ia memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para kepimpinan LHDNM dan warganya dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa, sepanjang melaksanakan tugas.

"Tindakan para kepimpinan LHDNM dan warganya menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah’ ini, jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat. Aspirasi dan kesedaran ini harus dipuji dan harus menjadi ikutan serta contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain. You are the advocates of change, and for the courage to embrace change, I applaud you." tegas beliau lagi.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah diikuti oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah-Pengarah Jabatan, Bahagian dan Negeri LHDNM sebelum sesi menandangani Ikrar Bebas Rasuah yang turut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Hj. Abdul Samat Kasah, dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Dato' Hj. Mohamad Yusuff Akope.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
52
Minggu Ini
269
Bulan Ini
920

Keseluruhan
3427531