Dalam melaksanakan fungsi pemeriksaan dan perundingan,

SPRM berperanan untuk memberi nasihat kepada ketua badan awam dalam mengenalpasti punca kepada berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja. 

Ini disusuli dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi berkenaan termasuklah membuat syor penambahbaikan supaya pindaan sewajarnya dibuat ke atas amalan, sistem dan tatacara berkenaaan supaya perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikekang. Peranan ini adalah sepertimana yang termaktub dalam fungsi pegawai Suruhanjaya pada Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
33
Semalam
48
Minggu Ini
33
Bulan Ini
1287

Keseluruhan
3446107