Pemeriksaan & Khidmat Nasihat

Melaksanakan Pemeriksaan dan Khidmat Nasihat ke atas Kementerian/Jabatan/Agensi untuk memastikan amalan sistem dan tatacara kerja yang diperiksa ditambahbaik supaya dapat menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bidang yang menjadi fokus utama adalah:

 

khidmat2

Pelan Pengurusan Risiko

Menggalakkan organisasi membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah sebagai langkah terancang ke arah memperkukuhkan tadbir urus yang baik yang boleh menutup ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam organisasi.

Pengurusan Unit Integriti

PENGENALAN

Unit Integriti di agensi awam ditubuhkan berikutan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Unit Integriti adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan integriti di bawah satu unit khusus supaya dapat dilaksanakan secara fokus dan terancang.

FUNGSI

Fungsi Unit Integriti adalah untuk menguruskan hal-hal berkaitan integriti dalam organisasi dengan bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras yang digariskan di dalam pekeliling seperti berikut:

 
a) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
 
b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
 
c) Pengesanan dan Pengesahan
  1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  2. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  
d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
 
e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
 
f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
50
Minggu Ini
207
Bulan Ini
1091

Keseluruhan
3424720