Bagi menjawab semua pertanyaan mengenai hadiah dan kemusykilan yang timbul daripada mana- mana pihak dan orang perseorangan yang berhadapan dengan isu pemberian dan penerimaan hadiah sama ada boleh diterima atau tidak dan sama ada menjadi satu kesalahan rasuah ataupun tidak.

Bahagian ini dalam memberi nasihat dan pandangan berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2008, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, peruntukan- peruntukan tertentu di bawah akta kerajaan negeri, agensi kerajaan dan peraturan- peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah agensi awam dan swasta yang berkenaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Pusat Informasi Hadiah melalui email hadiah@sprm.gov.my atau di talian telefon 03-8891 1363 (KPKPs Muhammad Azizan bin Mahat), 03-8891 1828 (PsK Murni Wati binti Baharudin) atau 03-8891 1345 (PsK Yip Ai Tsin).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
62
Minggu Ini
217
Bulan Ini
994

Keseluruhan
3421588