Khidmat Nasihat merupakan tindakan yang dilaksanakan oleh bahagian ini setelah pemeriksaan dijalankan ke atas amalan, sistem dan tatacara kerja di dalam sesebuah organisasi. Matlamat utama Khidmat Nasihat  untuk memastikan sistem prosedur kerja yang telah diperiksa itu diubah/dikemaskini agar ianya dapat menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Pegawai Perunding iaitu KPKPj Fadzillah binti Shamsuddin (fadzillah[at]sprm[dot]gov[dot]my) di talian telefon 03-8891 1334 / 03-8891 1377.

Kejayaan

Pengurusan Kewangan dan Tadbir Urus Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Pengurusan Kewangan dan Tadbir Urus Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik mempersetujui empat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM berhubung pengurusan kewangan dan tadbir urus Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Dr Maszlee sendiri begitu teruja sehingga menambah dua lagi syor penambahbaikan yang difikirkan perlu sebagai langkah segera bagi mengekang berlakunya pelanggaran sistem dan prosedur kewangan di MBKM.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil di Bilik Mesyuarat YB Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini pada 13 Disember 2018.

Timbalan Pengarah BPMP KPKPj Salwa Muharam serta pegawai-pegawai kanan BPMP turut hadir bersama manakala pihak KPM dan MBKM diwakili oleh Pengerusi MBKM Datuk Dr Amin Senin, Setiausaha MBKM Abdul Wahab Ibrahim, Ketua Unit Integriti KPM Fazli Said dan juga CeIO KPM Farah Diba Esa.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Mengesahkan Legal Entity MBKM sama ada ianya sebuah badan awam, swasta, GLC atau sebagainya agar sistem pengurusan dan pentadbiran MBKM lebih berstruktur.

  • Mewujudkan Standard of Procedure (SOP) yang lengkap berhubung tatacara pengurusan kewangan MBKM bagi memastikan aspek akauntibiliti, ketelusan, check & balance dan pematuhan dapat ditingkatkan.

  • Keanggotaan MBKM disemak semula agar tidak berlaku percanggahan kepentingan dalam keputusan pengurusan dan pentadbiran terutamanya melibatkan hal kewangan.

  • Mewujudkan rangkaian arahan (chain of command) yang jelas di antara MBKM dengan jabatan/ kementerian yang dinaungi supaya wujud kawalan dan pemantauan ke atas setiap aktiviti MBKM.

  • Pengurusan Akaun dan Kewangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 harus dihantar salinan kepada Pejabat YB Menteri Pendidikan dan turut disalinkan kepada Unit Integriti KPM dan Bahagian Audit Dalam KPM.

  • Pegawai yang berisiko dan pernah disiasat dan dikenakan tindakan tatatertib oleh SPRM ditukarkan ke bahagian lain.

Pengurusan Stok dalam Urusniaga Operasi FAMA Negeri Sembilan

Pengurusan Stok dalam Urusniaga Operasi FAMA Negeri Sembilan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mempersetujui empat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Sembilan berhubung pengurusan stok dalam urusniaga operasi FAMA Negeri Sembilan.

Pengarah FAMA Negeri Sembilan Muslim Manja telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua syor.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sembilan PPj Yasmin Azura Yahya di Bilik Mesyuarat FAMA pada 14 Februari 2019.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Menyemak semula semua Pekeliling Perniagaan FAMA Bil.1 Tahun 2012 terutama melibatkan urusniaga jualan supaya risiko-risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat diminimakan.

  • Mewujudkan kawalan dalaman melalui Arahan Dalaman terhadap proses penetapan harga supaya risiko manipulasi harga di lapangan dapat diminimakan. Selain itu, turut dicadangkan supaya semua transaksi jualan tunai perlu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi pegawai penyeliaan, pemantauan dan peringatan kepada pegawai operasi juga perlu dibuat.

  • Mewujudkan kod etika perniagaan yang turut menekankan aspek integriti entiti dan pegawai FAMA.

  • Memberi pendedahan secara konsisten dan lebih jelas tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa kepada semua pegawai operasi dan pegawai/ kakitangan yang lain dengan kerjasama SPRM.

Prosedur Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Menduduki Sementara (LMS)

Prosedur Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Menduduki Sementara (LMS)

Pejabat Tanah Galian (PTG) Negeri Kedah mempersetujui tiga cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Kedah berhubung prosedur permohonan tanah kerajaan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).

PTG Kedah Timbalan Pengarah (Pembangunan) Hj Mohd Shahadan Abdullah telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua syor.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Ketua UPMP SPRM Kedah PPj Azizun Hj Mohamad di Bilik Mesyuarat Pengarah PTG, Wisma Negeri Alor Setar pada 26 Mac 2019.

UPMP SPRM Kedah akan melaksanakan pemantauan ke atas cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Mewujudkan satu sistem, perekodan permohonan serta charting pada litho syit setiap kali permohonan dilakukan bagi mengelak berlaku pertindihan permohonan ke atas tanah yang sama.

  • Mewujudkan satu garis panduan berkaitan prosedur penyiasatan untuk kes-kes tertentu terutamanya berkaitan permohonan Lesen Menduduki Sementara (LMS). Garis panduan ini hendaklah menerangkan tempoh masa satu penyiasatan dilakukan dan keputusan bagi penyiasatan tersebut diputuskan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dimaklumkan kepada pemohon.

  • Menyemak semula tempoh masa bagi penyediaan Pelaporan oleh Unit Teknikal untuk dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Galian.

Program Transformasi Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automobil (ATOM) oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (Kopusamaju)

Program Transformasi Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automobil (ATOM) oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (Kopusamaju)

 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah mempersetujui dua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Sabah berhubung pemantauan oleh pihak SKM Sabah terhadap pelaksanaan Program Transformasi Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automobil (ATOM) yang dilaksanakan oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (Kopusamaju).

Naib Pengerusi Eksekutif Ibu Pejabat SKM Zazali Haron telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan serta menggunapakai syor-syor tersebut di kesemua SKM di seluruh Malaysia.

Beliau berkata isu-isu yang telah dibangkitkan ini akan dijadikan terma rujukan bagi mewujudkan garis panduan pemantauan khas untuk Program TUKAR dan ATOM atau mana-mana program SKM.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah PKPj Awang Samsul Baharam Bungso di Pejabat SKM Negeri Sabah pada 23 April 2019.

UPMP SPRM Sabah akan melaksanakan pemantauan ke atas cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Mewujudkan garis panduan pemantauan khas untuk Program TUKAR dan ATOM oleh pihak SKM yang diletakkan di bawah pengawasan Bahagian Pemantauan dan Penilaian Projek, SKM.

  • Mengeluarkan arahan kepada koperasi untuk mengemukakan salinan dokumen perjanjian di antara peminjam dan koperasi program TUKAR dan ATOM kepada SKM Cawangan Negeri.

Urusan Tender ‘Sistem Letak Kereta Elektronik’ (SLKE) oleh DBKL

Urusan Tender ‘Sistem Letak Kereta Elektronik’ (SLKE) oleh DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempersetujui dua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Kuala Lumpur berhubung prosedur perolehan yang sepatutnya digunapakai oleh pihak DBKL di dalam urusan tender ‘Sistem Letak Kereta Elektronik’ (SLKE), yang sebelum ini dibuat dengan cara rundingan terus atas arahan Menteri.

Pengarah DBKL (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Azmi Abdul Hamid dan Pengarah DBKL (Pentadbiran/ Perolehan) Khairul Azmir Ahmad telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakannya.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur PPj Razali Khamis di Bilik Mesyuarat Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan, Menara DBKL pada 23 April 2019.

UPMP SPRM Kuala Lumpur akan menjalankan pemantauan ke atas pelaksanaan cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah :

  • Arahan/ Sokongan daripada anggota pentadbiran/ individu berpengaruh tidak lagi dijadikan sebagai arahan/ keputusan di dalam prosedur perolehan. Bahagian Perolehan perlu mengeluarkan perkara yang berkaitan dengan arahan/ sokongan mana-mana pihak daripada prosedur perolehan yang sedia ada. Perkara ini selaras dengan ‘Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Bepengaruh atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan 2010’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Inisiatif 1.3.1 Pelan Anti-Rasuah National (NACP).

  • Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan perlu mewujudkan satu garis panduan yang jelas berkaitan pengurusan SLKE di bawah Kaedah Perolehan Datuk Bandar Kuala Lumpur tanpa mengambil kira arahan/ sokongan daripada mana-mana pihak yang berpengaruh.

Pelaksanaan, Pengurusan dan Penguatkuasaan Operasi Pengusahasilan Hutan di Malaysia

Hasil beberapa siri operasi oleh SPRM dalam ‘Ops Gergaji’ ‘Ops Rimba’ dan ‘Ops Bersepadu’, beberapa siri bengkel telah dilaksanakan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Hasil bengkel yang dilaksanakan, beberapa kelemahan dan cadangan penambahbaikan berhubung pelaksanaan, pengurusan dan penguatkuasaan operasi pengusahasilan hutan di Malaysia telah dikenalpasti seperti:-
 

Pengurusan Pengubahsuaian Pejabat, Pembelian Bangunan Pejabat, Penajaan Dan Perlantikan Tenaga Pakar oleh TEKUN Nasional

Hasil kes tangkapan terhadap bekas Pengarah Urusan TEKUN Nasional beberapa kelemahan yang ditemui dan cadangan penambahbaikan dipersetujui secara bersama seperti berikut:-

Penambahbaikan Bagi Proses Pengeluaran Kayu Balak Oleh Agensi-Agensi Berkaitan di Negeri Sarawak

Hasil operasi bersepadu ‘Ops Gergaji’ yang telah dijalankan bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram dan perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan di Negeri Sarawak, beberapa kelemahan dan cadangan penambahbaikan diperolehi seperti berikut:-

Penguatkuasaan dan Pentadbiran Tanah di Cameron Highlands

  1. Pemeriksaan dibuat bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur berhubung isu penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di Cameron Highlands. Seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud serta menutup ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kedudukan. Hasil pemeriksaan SPRM berhubung sistem dan prosedur kerja berkaitan penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di Cameron Highlands adalah:-
    khdmat nasihat
    teroka
    Teroka  haram HSK Pos Terisu 
    kebun
    Kebun sayur dalam kawasan RPS Terisu 
    yang belum diwartakan diusahakan oleh 
    penanam sayur yang bukan terdiri 
    daripada orang asli 

Penyelenggaraan Ambulans di Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemeriksaan dijalankan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja berkaitan Penyelenggaraan Ambulans di Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik. Hasil pemeriksaan mendapati penyelenggaraan ambulans tidak dipantau dengan baik sehingga mengakibatkan perkhidmatan ambulans terjejas. Berikut adalah kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dan cadangan penambahbaikan yang telah diberikan:- khidmat nasihat 2
Susulan khidmat nasihat oleh SPRM, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah penambahbaikan dengan mengeluarkan Garis Panduan Penyelenggaraan Ambulans di Hospital dan Klinik Kesihatan pada bulan Julai 2014. Garis Panduan tersebut telah diedarkan kepada semua jabatan kesihatan negeri.

Ketidakpatuhan dan Pelanggaran Prosedur Dalam kemudahan Khidmat Pengangkutan Bagi Pengurusan Sesuatu Projek

Pemeriksaan dijalankan berikutan laporan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) SPRM Perak berhubung isu kenderaan (yang diterima untuk pelaksanaan projek) tidak dipulangkan kepada pemilik projek selepas projek selesai. Pemeriksaan SPRM dibuat terhadap beberapa projek untuk mengkaji tatacara perolehan khidmat pengangkutan melalui kontrak kerja serta pelaksanaannya oleh agensi. Hasil pemeriksaan mendapati berlaku ketidakpatuhan dan pelanggaran prosedur seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 1999 (SPP Bil. 13 Tahun 1999).
khidmat nasihat 3
Kementerian Kewangan telahpun menambah baik Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 1999 pada Perkara 10- Garis Panduan Penggunaan Khidmat Pengangkutan dan Kemudahan Peralatan Untuk Pengurusan Projek Melalui Kontrak Kerja.

Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan (JMB/MC) di Bawah Pengurusan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Jabatan Perumahan Negara

SPRM menerima aduan berkaitan kelemahan pengurusan JMB/MC yang dikatakan tidak cekap dan tidak telus dalam menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan. Kelemahan itu juga dikaitkan dengan Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building atau COB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertanggungjawab menjalankan pengawasan terhadap JMB/MC.
khidmat nasihat 4
Selaras dengan cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh SPRM, satu akta baru telah diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 (APS) (Akta 757). Akta ini secara rasmi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Pengurusan) 2007 (BHB)(Akta 663) dan pemakaiannya berkuatkuasa pada 01 Jun 2015. Akta 757 ini berfungsi untuk memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam proses untuk menguruskan harta strata. Akta ini menangani dua isu utama, iaitu pengurusan dan penyenggaraan harta strata serta penyelesaian pertelingkahan dengan kewujudan Tribunal Pengurusan Strata. Berikut adalah perbandingan pindaan akta.
Bil. Tajuk Akta 663 Akta 757 
 1. Rujukan kepada satu akta  2 Akta  1 Akta sahaja
 2.  Undang undang bersifat komprehensif 46 seksyen sahaja dan banyak kekurangan  153 seksyen (lebih menyeluruh)
 3. Jadual petak harus difailkan di Pejabat Pesuruhjaya sebelum jualan diberikan kebenaran Tiada Ada
 4. Sempadan harta bersama ditandakan di atas pelan bangunan strata Tiada Ada
 5. Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Bangunan Tiada Ada
 6. Interpretasi dan definisi yang lengkap dan komprehensif Tiada Ya
 7. Bilangan kesalahan yang mencukupi Tiada Ya
Kesan pindaan akta pengurusan strata 2013

Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 dilihat akan dapat melancarkan proses pengurusan hartanah strata. Akta ini juga dapat memberikan platform untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tanpa merujuk mahkamah yangselalunya memakan masa yang panjang dan kos yang lebih mahal. KESIMPULANNYA Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 serta pindaan akta lama Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyenggaraan) 2007 ini diharapkan dapat dikuatkuasakan dengan jayanya bagi mentadbir sebanyak 14,998 bangunan bertingkat yang melibatkan penduduk seramai 1.2 juta orang di Semenanjung Malaysia.