Sektor Pencegahan terdiri dari dua (2) bahagian utama iaitu Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi.

 

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan berperanan untuk memberi nasihat kepada ketua badan awam dalam mengenalpasti punca kepada berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja. Ini disusuli dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi berkenaan termasuklah membuat syor penambahbaikan supaya pindaan sewajarnya dibuat ke atas amalan, sistem dan tatacara berkenaaan supaya perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikekang. Peranan ini adalah sepertimana yang termaktub dalam fungsi pegawai Suruhanjaya pada Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

 

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA)

BPIA ditubuhkan berikutan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam peringkat Persekutuan dan Negeri. BPIA dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan fungsi teras Unit Integriti sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling tersebut.

Objektif BPIA adalah untuk memastikan fungsi teras Unit Integriti di agensi awam sebagaimana yang digariskan di dalam pekeliling dilaksanakan dengan berkesan.

BPIA berfungsi untuk:

  • Menggubal dasar inisiatif penginstitusian integriti yang efektif di Unit Integriti agensi awam.
  • Menyelaras dan memantau fungsi teras Unit Integriti agensi awam.
  • Menyelidik dan merancang pembangunan penginstitusian integriti di Unit Integriti agensi awam.

BPIA diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Timbalan Pesuruhjaya (Gred Jusa C). Bagi membolehkan Bahagian ini melaksanakan peranannya dengan cekap dan berkesan, sebanyak tiga (3) cawangan ditubuhkan iaitu seperti berikut:

  1. Cawangan Penyelarasan dan Pentadbiran
    1. Unit Penyelarasan
    2. Unit Pentadbiran
  2. Cawangan Penilaian
  3. Cawangan Pembangunan
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
47
Minggu Ini
297
Bulan Ini
840

Keseluruhan
3424469