BPIA

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 (PP Bil.6/2013) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 2013.

Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan fungsi Unit Integriti agensi awam di peringkat Persekutuan dan Negeri. Selain daripada pengurusan penempatan pegawai SPRM sebagai pegawai integriti di Unit Integriti agensi, Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam penyediaan dasar dan mekanisme pengurusan integriti. Program-program penginstitusian integriti yang dilaksanakan oleh Unit Integriti agensi di sektor awam diselaraskan dan dibimbing oleh BPIA.

Selain daripada itu, Unit Integriti juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan dalam hal-hal berkaitan pengurusan integriti daripada BPIA ini. SPRM melalui BPIA juga melaksanakan penarafan risiko rasuah agensi bagi menentukan model Unit Integriti yang bersesuaian untuk dilaksanakan di setiap agensi.

BPIA adalah bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang pemasalahan yang dihadapi dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Unit Integriti agensi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Setiausaha Negara. Perbincangan secara langsung Pengurusan Tertinggi SPRM bersama pegawai-pegawai integriti dilakukan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Pegawai SPRM Yang Ditempatkan di Agensi Luar yang diadakan secara berkala sepanjang tahun.

Ini adalah merupakan platfom terbaik bagi pegawai integriti khususnya dari kalangan pegawai SPRM untuk mengetengahkan isu-isu yang memerlukan perhatian khusus daripada Pengurusan Tertinggi SPRM. Di samping itu, SPRM juga mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Unit Integriti yang bukan terdiri dari pegawai SPRM bagi membantu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dalam pelaksaan fungsi Unit Integriti.

Secara dasarnya, arahan penubuhan Unit Integriti Agensi melalui PP Bil. 6/2013 adalah merupakan satu langkah proaktif kerajaan bagi menangani isu integriti di kalangan penjawat awam di mana Unit Integriti bertindak sebagai focal point dalam pengurusan integriti agensi yang dipantau dan diselaras oleh SPRM melalui BPIA.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
50
Minggu Ini
207
Bulan Ini
1091

Keseluruhan
3424720