Struktur dan Penarafan Risiko Rasuah Agensi

Struktur dan perjawatan Unit Integriti diwujudkan oleh Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) berdasarkan penarafan risiko rasuah agensi dan dasar perjawatan semasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab melaksanakan penarafan risiko agensi bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian.Penarafan risiko agensi awam dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu tinggi, sederhana dan rendah berpandukan situasi gejala rasuah di agensi, persepsi rasuah terhadap agensi serta dana yang diperuntukkan yang boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya rasuah di sesebuah agensi.

Bagi agensi bertaraf risiko “tinggi”, struktur Unit Integritinya adalah mengikut sepertimana model A, Model B untuk agensi bertaraf risiko “sederhana” manakala model C adalah bagi agensi bertaraf risiko “rendah”. 

 

model a risiko

 

model b risiko

 

model c risiko

Bagi Unit Integriti  model A, jumlah perjawatan minimum adalah 22 orang termasuk 2 orang pegawai SPRM yang ditempatkan secara kader terdiri daripada seorang pegawai bergred JUSA C atau P54 sebagai Ketua Unit dan seorang pegawai bergred P44. Bagi Unit Integriti model B pula, jumlah perjawatan minimum adalah 15 orang termasuk seorang pegawai SPRM bergred P44. Ketua Unit bagi model B ialah pegawai dari agensi bergred 52. Bagi Unit Integriti model C pula, jumlah perjawatan minimum adalah 7 orang yang diketuai oleh seorang pegawai agensi bergred 48. Tiada pegawai SPRM dipinjamkan untuk Unit Integriti model C.  Perjawatan Ketua Unit Integriti di agensi memerlukan kelayakan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer/CeIO) atau lain-lain kelayakan sepertimana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti yang diurusetiakan oleh SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
52
Minggu Ini
237
Bulan Ini
888

Keseluruhan
3427499