Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) juga diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh individu yang dilantik oleh Perdana Menteri mewakili pelbagai kumpulan masyarakat seperti ahli akademik, dewan perniagaan,

pakar media, aktivis sosial dan pertubuhan yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.

Terma Rujukan Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

1.Meneliti dan memperakukan kepada Suruhanjaya bidang tumpuan atau priority areas amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah;

2.Meneliti dan menambah baik laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya berhubung dengan perakuan bagi menutup ruang dan peluang jenayah rasuah berkembang di sektor awam dan swasta;

3.Membentuk dan menggubal amalan baik (best practices) dalam bidang-bidang tumpuan dari semasa ke semasa;

4.Menasihati dan memperakukan kepada Suruhanjaya berhubung keberkesanan pelaksanaan program penerangan dan perhubungan masyarakat serta kempen-kempen ke arah meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah dan mendapatkan sokongan mereka;

5.Memantau dari semasa ke semasa sikap dan persepsi umum masyarakat terhadap rasuah dan usaha yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya dan mengesyorkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan;

6.Membantu Suruhanjaya sebagai key communicator dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya;

7.Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan rasuah oleh Suruhanjaya; dan

8.Mengemukakan laporan tahunan, ulasan dan cadangan PPPR kepada Y.A.B. Perdana Menteri berhubung dengan pencapaian aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya.

Keanggotaan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah

1.Tan Sri Johan Jaaffar

2.Tan Sri Dato’ Sri Dr. Lim Kok Wing

3.Datuk Dr. Marimuthu Nadason

4.Dato’ (Dr.) Hussamuddin Bin Haji Yaacub

5.Dato’ Profesor Dr. Engr. Chin Yew Sin

6.Dato’ Zuraidah Atan

7.Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz

8.Dato’ Khalid Bin Ibrahim

9.Dato’ Sharifah Binti Mohd Ismail

10.Dato’ (Dr.) Anwar Fazal

11.Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad

12.Profesor Madya Dr. Ismail Sualman

13.Tuan Walter Sandosam

14.Tuan R. Nadeswaran

 

Sekretariat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
Aras 4, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.pppr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867014
Faks: 03-88889527