Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesion masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 13(1)(b) Akta tersebut.

Terma Rujukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

1.Untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;

2.Untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;

3.Untuk menerima, meneliti dan mengedorskan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;

4.Untuk meneliti dan mengedorskan keperluan sumber Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;

5.Untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawantankuasa Khas Mengenai Rasuah; dan

6.Untuk mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.

Keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

1.Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim(Pengerusi)

2.Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil

3.Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri

4.Tan Sri Musa bin Hassan

5.Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak

6.Tan Sri Dato' Dr. Michael Yeoh Oon Kheng

7.Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin

8.Dato' Mohd Noor bin Abdullah

9.Datuk Seri Azman bin Ujang

10.Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh

11.Datuk Dr. Hamzah bin Kassim

12.Datuk David Chua Kok Tee

13.Datin Halimah Mohd Said

 

Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Aras 7, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.lppr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867018
Faks: 03-88889568